Adakah islam tersebar dengan mata pedang??

 
Adalah suatu rungutan biasa  jika kita mendengar beberapa pernyataan yang mengatakan bahwa Islam disebarkan melalui mata pedang. Fakta berikut menjelaskan bahwa pernyataan tersebut jauh menyimpang dari hakikat sebenar.
1.       Islam bermakna kesejahteraan. Perkataan dasarnya adalah ‘salam’ iaitu sejahtera dan juga dimaksudkan dengan menyerahkan kehendak diri kepada Allah SWT. Oleh itu Islam adalah agama kesejahteraan, diperoleh melalui penyerahan kehendak diri kepada kehendak Allah SWT.
2.       Kadangkala kekerasan perlu untuk memelihara kesejahteraan. Jenayah yang berlaku di mana-mana memerlukan wujudnya polis dan bahagian pertahanan yang bertindak untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan Negara. Islam sendiri menggesa umatnya untuk melawan sekiranya berlaku penindasan dan ini kadangkala memerlukan kekerasan. Dalam Islam, kekerasan hanya dibenarkan untuk menjaga kesejahteraan dan menegakkan keadilan.
3.       Pandangan sejarahwan De Lacy O`leary  dalam buku “Islam at the Cross Roads” muka surat 8, menyatakan “sejarawan menunjukkan dengan jelas bahwa lagenda umat Islam fanatik yang bergerak serata dunia dan memaksa kaum yang ditawan untuk memeluk Islam dengan cara kekerasan adalah sebenarnya salah satu mitos karut terhebat pernah diulangi sejarahwan.”
4.       14 juta orang Arab adalah Kristian Koptik. Islam telah memerintah Negara arab selama 1400 tahun. Sungguhpun begitu, pada hari ini terdapat 14 juta orang arab yang merupakan Kristian Koptik iaitu Kristian sejak turun temurun. Jika orang Islam telah menggunakan mata pedang, pasti tiada seorang pun orang arab yang beragama Kristian.
5.       Terdapat lebih daripada 80% orang bukan Islam di India. Islam telah memerintah India kurang dari seribu tahun. Jika mereka mahu, mereka mempunyai kuasa untuk mengislamkan setiap penduduk India. Hakikatnya hari ini, lebih dari 80% penduduknya bukan Islam.
9.       Indonesia dan Malaysia mempunyai penduduk majoriti beragama Islam. Pasukan tentera islam yang manakah yang telah datang ke Malaysia dan Indonesia? 
10.   Tiada paksaan dalam Islam. Dengan mata pedang manakah Islam disebarkan? Sungguhpun jika orang Islam memilikinya, mereka tidak boleh menggunakannya untuk menyebarkan Islam kerana dalam Al Quran disebut : “tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) : sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..” (Al Baqarah 2:25) 
11.   Pedang kebijaksanaan /Kebenaran. Ia adalah mata pedang kebijaksanaan. Mata pedang yang menawan hati dan pemikiran manusia. “serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik..” (An Nahl 16: 125) 
12.   Pertambahan Agama di dunia pada tahun 1934-1984. Satu rencana dalam Reader`s Digest ‘Almanac’, buku tahunan 1986, memberikan statistik pertambahan peratusan agama utama di dunia dalam tempoh setengah abad 1934 hingga 1984.
        Rencana ini juga disiarkan dalam majalah ‘The Plain Truth’. Tempat teratas adalah Islam dengan peningkatan 235% dan Kristian 47%. Mungkin ada yang bertanya, perang apakah yang berlaku pada abad ini yang berjaya mengislamkan jutaan manusia? 
13.   Islam adalah agama yang paling berkembang di Amerika dan Eropah. Pada hari ini, agama yang paling cepat berkembang di Amerika dan Eropah adalah Islam. Mata pedang manakah yang memaksa orang barat menerima Islam dengan jumlah yang sebegitu tinggi? 
14.   Dr Joseph Adam Pearson. Beliau pernah berkata, “mereka yang bimbang kuasa nuclear akan jatuh ke tangan orang arab satu hari nanti, gagal menyedari bahawa ‘Bomb Islam’ telah pun tersebar dan ia berlaku pada hari Nabi MUHAMMAD SAW  dilahirkan. 

0 comments:

Post a Comment